Jumaat, 22 Julai 2016

aidilfitri pertama 2016

Salam aidilfitri dari keluarga JJ. Tahun ni keluarga JJ dah bertambah lagi sorang... dari berempat udah berlima. Tapi still belum ada geng mama. Geng papa jer berderet. Takpe la. lelaki ke, perempuan ker, anak tu kan rejeki. :-)
Tahun ni turn raya pertama kat Pahang dulu. Raya jatuh ari rabu, ari sabtu sebelum raya dah bergerak balik ke sana. bergerak tengahari dari ipoh, 5 minit sebelum buka puasa baru sampai... seronok la berpeluang, dapat 3,4 ari berbuka ngan keluarga mertua.
tahun ni tema raye warna royal blue konon nya.
Yang paling awal beli baju, adalah si kecik Jazzim. beli online, rompers raye. chomel. tapi terbesor la pulak.
pastu baru lah beli baju melayu untuk si abang abang. tak royal blue sangat warnanya, bole la... asal biru.
suruh papa nya beli sekali, katanya, nanti la dulu, biru senang nak cari....
okey, baiklaa....
Org pulak ingat nak beli jubah, tapi macam muslimah sangat la pulak...huhuhu terus beli bloues. taknak biru semua, beli ada campuran warna itam putih.  sorang gegirl dalam famili taknak la sedondon sangat.nak kelainan sikit. beli bloues online jer, kat imaan boutique, rm50 hengget, pastu beli selendang zya zara dari alyn azlinda rm39 hengget, free pos. tq Alyn :-)
dah dekat nak raye, blouse tu jer la ada, skirtnya tak beli-beli lagi. puasa tahun ni malas betul nak keluar shoping, asal malam jer, pas berbuka, terbongkang tido.
dah balik pahang baru la hegeh2 nak cari skirt n baju melayu papa. sampai kesudah tak jumpe baju melayu biru. ada jumpa, tapi mahal nya laaaaaa..kalah baju melayu jakel. terus papa taknak beli.
skirt mama jumpa la...beli warna itam. senang.. bebila bole pakai. kan?
cantik cuttingnya, suka2 suka... beli kat bandar temerloh :-)
sudahnya pagi raye, papa pakai jubah adik ipar dia.. jubah pinjam...huhuhuhu... jadi lah...asal warna sama...pakai sekejap jer pun.... kih3
sian papa tahun ni, apa pun papa tak beli baru untuk raye, tshirt pun tkde, kasut raye pun takde. anak dah tiga, dahulukan untuk anak2 jer. pastu services keta, sebab nak balik jauh... bonus rm500 ape jer la yang dapat..huuhuu
apa pun, syukur selalu. ada rezeki, ti org nak belikan jeans baru untuk papa..sian papa......banyak berkorban untuk kami sekeluarga. tq papa.
lastly, terima la gambar raye kami yang tak seberapa.
Papa bersama 3J
Mama pulak bersama 3J
JJ Happy family
Keluarga Besar kat Pahang

Jazzim malas naklayan Pic papa pakai jubah pinjam :-)

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!
dari :-

Jasnihisam Ishak
Jamaaiyah Saari
Jariss Jazmy Jasnihisam
Jayyid Jazly Jasnihisam
Jazzim Jabry Jasnihisam

Khamis, 21 Julai 2016

Maafkan mama... Abanglong :-(

Hari ni abanglong teruk kena marah ngan mama. kena maki kena pukul bertalu2. mama dah macam org giler.
puncanya, mama suruh abanglong tolong pakai kan seluar adik. tapi abanglong tak pakai kan. terus nak angkat adik masuk dalam kereta. mama marah. abanglong tak jadi keluar, terus letak adik atas sofa. mama sibuk turun naik nak cari seluar ayyid. mama peratiii jer, mama siap sound, jangan sampai adik jatuh !!!
sekejap jer mama cakap, tiba2 adik jatuh terlentang, kuat bunyi, kuat menangis.
mama terus rasa nak marah. terus marah, terus tak sedar, menjerit, memukul abanglong. semuanya luar kawalan.geram sangat.
alasan abanglong, abanglong rasa nak termuntah. abanglong tgah tertunduk2 kt tawel kat sofa tu, nak kuarkan kahak.
tapii, kenapa la letak adik atas sofa?
adik dah pandai bergerak. tapi adik tak tau ketinggian tu ape. jatuh tu ape. sakit tu ape.
adoiiii banglong. kenapa la susah sangat nak dengar arahan mama? kenapa la kata2 mama ni, umpama angin lalu...? tak payah dengar... tak payah alert... biar jer.... layan jer perasaan abglong sendiri ye?
cakap mama tak penting ye?
sampai sekarang mama masih geram lagi. ikut kan hati, tak ingin nak bagi duit belanja sekolah tadi. tp, emo seorang ibu, tak sanggup nak biar anak berlapar. tapi anak? anak sulung mama? kenapa terus menerus tak berusaha untuk jadi seorang anak sulung? anak yang bole memimpin adik2. menjaga adik2?
terlalu besar ke harapan mama? terlalu kecil ke abanglong untuk pikul tanggungjawab seorang Abang???

kalo mama salah. mama mintak maaf. maafkan mama. mama tak sabar. mama tak patut cakp yg bukan2 bila mama marah.
mama tak patut naik tangan kat abanglong bila mama marah2. mama tak sedar.
mama arap abanglong sedar...
abanglong anak sulung mama
walau macammana sekalipun mama marah, abanglong la anak mama yang paling mama sayang dunia dan akhirat.
sekali lagi,
maafkan mama banglong:-(
love U Till Jannah....

31 Januari 2022

salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..