kita mebiarkan mereka dengan jalan mereka, tapi meletakkan harapan yang tinggi. kemudian frust bila tgok mereka tidak mencapai ape yang kita harapkan.
adakah itu salah mereka? ofkos bukan.
Pasti nya semua itu akan berpatah balik kepada kita , sebagai penjaganya.
Baru- baru ni, masa cuti sekolah seminggu, bulan 3, anak2 org hantar ke kampung. duduk ngn opah dan atuk. org kena outstation ke Jitra 3 hari. sempat la kekemas umah sebelum berpergian.
tergerak hati nak punggah beg abanglong. beg sekolah.
berderau darah bila tengok, banyaknya homework tak siap. yang siap pulak, hampir tak boleh di baca. tulisan macam cakar ayam. oh anak..... terduduk mama.
ari2 mama tanya, ada kerja sekolah tak? ada kerja sekolah tak? jawapan nya asyik la takde.. ada satu jer..ada sikit jer.. mama pun terus terusan percaya.
betul la...mama pernah baca kat fesbook dulu...memang ari2 kena selongkar beg anak2... itu mama tak pernah buat..mama just tanya jer ari2... rupanya...itulah kesilapan mama, kealpaan mama. salah betul mama, percaya sangat kat abglong.
ok. mama tau, bukan niat abanglong untuk menipu, tapi mungkin sebab malas. mungkin sebab, betul ke, mama ni betul2 peduli, abglong byk homework? so, baik abglong cakap takde jer..kan?
ok, baiklah anak nombor satu mama, mulai selepas cuti sekolah yg lalu, mama dah bertukar. mama wasap papa. mama ckp, pas cuti, abglong kena berubah. mama kena berubah, papa kena tolong mama, jaga adik2. mama nak lebih fokus jaga abglong. duduk sekali ngn abglong, buat homework sama2.
Dah 2 minggu lebih, misi hampir berjaya. hari2 mama masak cepat2. suruh abglong solat n makan cepat2, kemudian bersama2 abglong naik atas, punggah beg, cek satu2 ape kerja sekolah yang ada ari ni. kalo takde, sama2 buat revision. kalo takde, tengok balik buku latihan lepas2 yg macam cakar ayam tu, betulkan semula. ari2 mesti kena duduk berdua ngn abglong kurang2 sejam, lebih2 2 jam.
kul 10.00-10.30 kena tidor dah.
nampak la sikit peningkatan. apa yg mama nampak abglong ni tak fokus. lagi satu abglong ada resdung, selalu gosok2 mata..selalu selsema..tu jugak punca tak fokus.
so, semalam mama dah beli homopaty IQ untuk banglong. arap nanti ada perubahan.
Pasni sebelum revision, kena urut2 dulu kepala abglong ngan ivmist..supaya tak sakit kepala sangat, supaya resdung tu tak menggangu semasa study.
minggu pertama pas cuti sekolah, kitorang study sama2 kat atas... ada meja study..tapi tepi dinding, susah mama nak pantau.. so kitorang dok kat lantai. susah pulak...tak selesa... ari ketiga, org gi happy home, beli meja jepun rm44 hengget..baru la ok dan selesa.
Pastu tulisan cakar ayam tu, org rasa, dia terlalu tekan pensel.cara pegang salah, pastu laju kemain..nak cepat siap, sampai tak boleh baca.. last2 org belikan pensel mekanikal.. alhamdulilah ada sikit perubahan. tp kena selalu ingatkan..kalo tak mula lah dia buat tulisan doktor...adoiiii
Banyak lagi, mama kena ubah, mama ni yang kena berubah, kena sediakan diri untuk duduk sekali ngn banglong, nak guide abglong. nak bagi abanglong fokus dan rajin. arap2, pengorbanan mama ni berbaloi.
checklist mama untuk banglong :-
- Beli meja jepun
- Beli pensel mekanikal
- Beli buku-buku rujukan /latihan
- Beli whiteboard
- Beli suplimen/ubat resdung
- Hafal sifir hari-hari
- Buat latih tubi maths
- perbaiki tulisan
- abglong kena rajin membaca (arab, jawi, P.islam)
- kena solat n makan malam on time