Khamis, 13 Februari 2014
cerita kami
Hari ini Hari Khamis.
Hari Khamis Papa Balik.
Malam ni, bole makan sama2 ngn Papa.
Bila lah papa nak dapat pindah ni.......
Mula2, isi Hrmis sama-sama.
bole pulak, permohonan papa hilang dalam talian.
Patut la, org dapat,
papa tak dapat.......
Jom Panjat KBS.
Buat permohonan secara bertulis...
Permohonan di sokong dengan Penganti .
Berlari Ke JPA.
JPA cakap, susah sikit ni encik.. Encik kena dapatkan sokongan tanpa penganti, baru senang kerja kami.....
balik dengan hampa.......
kemudian, berjumpa dengan Pengarah IKBN Pagoh semula.
Memohon sokongan tanpa penganti.
Alhamdulilah.....
di sokong.
Naik bas ke Putrajaya....
Menuju ke JPA.
sampai hampir pukul 12 tengahari.
hari jumaat......
nasib baik, pegawainya masih ada.
sempat berjumpa......
sempat memberikan surat sokongn tanpa penganti itu.
tapi.
tiada apa yg boleh diharapkan.
semuanya bergantung pada kekosongan......
Bulan depan, genap setahun kami begini.
sorang di IKBN Pagoh.
sorang di ILP Ipoh.
tak tau la sampai bila begini..
org ok lagi..
anak-anak pun ok.
cuma...
kesian kat papa...
sorang di sana...
ari-ari makan nasi goreng kampung.
tak ada selera nak makan katanya.
hati teringat kat anak bini yang jauh.
hari2 menghitung hari.
asal khamis jer, berlari mengejar bas.
kalo nasib baik, awal la, sampainya....
kalo tak baik...kul 12mlm baru sampai...
anak2 pun dah tido.
Pagi jumaat la baru nampak senyuman anak2.
tersenyum nampak papa.
sabtu masam semula.
terkedu tengok papa naik bas...
nak melambai pun tak berdaya.
jom kita sama2 kira.
lagi 5 hari papa balik semula.
begitu la cerita kita.
tak tau kat mana hujung nya...
InsyaAllah...... Allah Maha Tahu.
setiap apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya....
redho itu Mesti..
Sabar itu perlu.
Jangan mempertikaikannya.
ini hanya sekelumit ujian....
:-)
'Mamajarissdanjayyid'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
31 Januari 2022
salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..
-
Alhamdulillah, semalam 20 november 2017, genap 2 tahun usia anak ke 3 org... Jazzim Jabry B. Jasnihisam. syukur Allah, amanah yang terinda...
-
Mi Hailam Entry kali ini, org nak cerita pasal Mi hailam.. Alhamdulilah, sekarang sudah ada org Muslim yg menyediakan mi hailam Parit, sal...
hikmahnyer tak nampak.. tapi mamanyer tentu semakin kuat sekarangkan.. sudah pasti benda yang kalau ada suami kita manja lebih sekarang semua kita buat sendiri.. kadang2tu cam tak percaya yang kita mampu melakukannyer...
BalasPadamdugaan kita pelbagai.. duk sekalipun kalau asyik nak bergaduhpun apalah manisnyer...ni sekali2 jumpa rasa bercinta.. tapi tak lallunyer masa berpisahlerkan... tak per Allah bagi kita dugaan tidak lebih dari kemampuan kitapun...