Mi Hailam
Entry kali ini, org nak cerita pasal Mi hailam..
Alhamdulilah, sekarang sudah ada org Muslim yg menyediakan mi hailam Parit, saling tak tumpah rasanya seperti Mi hailam yg di masak oleh org cina.
Untuk pengetahuan semua, semasa zaman jahiliah dulu (hahahaahaaa, jahiliah~lah sangat! ) dalam zaman 70-an/80-an/90-an dulu ....Pekan Parit Perak, adalah sebuah pekan kecil yang unik.
Disinilah tempat, org2 di daerah perak tengah, bota/lambor /parit akan pergi, bila diorang mendapat durian runtuh.
Biasalah...bagi org2 di daerah ini, durian runtuh yg dimaksudkan ialah..jika, musim durian ke, musim padi ke...... senang cerita, time duit tengak banyak la....
Diorang bukan buat ape pun, kat pekan Parit ni..diorang cuma berjalan2 nak pekena ABC(dulu, kitorang panggil ais kacang) , Rojak mamak/mi mamak @pun nak pekena Mi hailam di kedai cina.....
Majoriti, penduduk kat Parit ini, adalah org melayu dan cina. Peniaga2 kat deretan bangunan kedai Parit ni. Kebanyakkannya org cina.
Org ingat lagi, masa kecik2 dulu, kalo nak raya, kalo nak sekolah..memang, mak org akan bawak org gi Parit. Gi beli kasut sekolah,beg sekolah,beli buku, kasut raya dan sebagainya.....
Tokey2 cina kat Pekan Parit ni, sangat fasih berbahasa melayu..kalo org melayu masuk kedai diorang...diorang akan bagi salam.............
Diorang sangat baik dan sangat dekat dengan masyarakat melayu di Parit. Mungkin sebab itu kot (org rasa lah) sampai ada, org cina yg membuka kedai Mi hailam untuk org- org melayu Di Parit.....
Kedai mi hailam di Parit sangat glamour di daerah Perak tengah.... kedainya biasa2 saja..betul2 di tepi sungai perak....
Org mula mengenali kedai ini, pada awal tahun 2000. Masa tu, diperkenalkan oleh kawan2 di Kilang Ubat Seri Iskandar. Kitorang merempit, dari Bota ke Parit beramai2.....
Masa mula2 pegi tu, memang org rasa heran sangat..... kedai tu, kedai cina, tukang masaknya cina, pekerjanya semua cina..tapi, customer dia...99% melayu. Siap Pak Aji, Pak Lebai semua ada.....
Susah nak timbul keraguaan, bila kita tengok disekeliling kita semuanya, ‘org2 kita je’
Orang rasalah, masa tahun 70-an dulu, ataupun, time mula2 kedai tu di buka, mungkin disebabkan keakraban antara masyarakat melayu dan cina..... org2 cina pada zaman tu, sangat menghormati sensitifiti masyarakat melayu islam yg tidak bole makan baa alip ba ya.... mereka dengan rela hati menyediakan mi hailam tanpa menggunakan daging tersebut.
Ada jugak, org dengar cerita, nama kedai tu di panggil kedai mi hailam syamuk. Syamuk yg bermaksud org2 cina yg tak makan daging baa lip ba ya.... mereka tak makan, sebab mereka benar2 menghormati kawan2 melayu mereka.
Tetapi, kesungguhan generasi terdahulu ..rasanya tak berterusan sehingga sekarang...kalo tak , takkan la..terlalu banyak versi yg di dengar dari mulut ke mulut.... ada yg jumpa la..ada yg nampak la.....
Hahahahaahhaaaaaaa.......
Last org pergi, masa mengandungkan anak pertama org..teringin sangat2..... tahun 2008. Pastu tak pergi dah...rasa macam ragu2....hihihihi
Zaman2 bapak2 cina ni dulu...mungkin diorang betul2 ikhlas nak masak yg elok2 untuk masyarakat melayu....tapi, bila dah turun kan generasi anakcucu diorang...rasanya...diorang still ke nak ikut cara tok nenek diorang dulu....??? percaya ke, diorang tak makan baa lip ba ya? Hahahahahaaaa
Bukan ape...generasi sekarang ni...... tokey mi hailam sekarang ni...bukan dok kat Parit lagi..diorang dok kat ipoh, tk silapnya.... diorang sediakan bahan2 mi hailam dari rumah... pastu bawak ke kedai....
Lu fikir la sendiri.... nak was-was ke tidak...... huhuhuhuhu
Sekarang ni, sangat- sangat bersyukur, bila ada org melayu yang mencuba menyediakan mi hailam..sebijik macam mi hailam cina tu....sebijik ok......!!!!! org dah makan berulang kali..memang sedap...memang ter baik....!!!!
Tapi nak bgtau la, kalo ada sesiapa yg tak pernah pekena mi hailam syamok zaman jahil.... korang takkan paham, kenapa ramai beno org yg komen, Mi Hailam D'PERAK tu, sedap bebenor.....
Hahahaahahahaa...
Mesti korang akan cakap.... mi kosong jer, ada sawi ngn daging cincang jer...ni sedap??? Hahahahaaaaa
ada yg komen, Mi gemuk2... macam cacing ...hahahahaaa
Pastu kena tunggu lama la.... hahahahaahahaaaa
Korang takkan paham.....
sumpah korang tak paham...
Sebab korang bukan peminat tegar mi hailam syamok zaman jahiliah :-0
Full stop..
SEKIAN....
:-)
nanti la org sambung..... panjang pulak...mukadimah pasal mi hailam ni.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
31 Januari 2022
salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..
-
Alhamdulillah, semalam 20 november 2017, genap 2 tahun usia anak ke 3 org... Jazzim Jabry B. Jasnihisam. syukur Allah, amanah yang terinda...
-
Mi Hailam Entry kali ini, org nak cerita pasal Mi hailam.. Alhamdulilah, sekarang sudah ada org Muslim yg menyediakan mi hailam Parit, sal...
cantiknyer gambar pekan parittu.. edit guna apani???
BalasPadamalah kak zilapun rasanya der berapa kali makan kat kedaitu... 2 kali tak silap... sedap bebenoler rasanyer.. last sekali tahun 2002 kot.. lepaih banyak ngan versi seriau...
tapi dulu2 masa kak zila tuisyen di parittu ..budak parit bawak makan mi hailam orang melayupun sedap gak tepi sungaitu tapi dia pakai mi biasa.. mi hailam biasaler tap sedap tak macam mi hailam orang sekarangni..
ni kat mana pekan parit lagiker atau kat ipoh...
Sy mencari kedai mee syamuk di ipoh .. Kak tahu ke mane kedainya .sy penah makan sekali .kwn bawak ..tp x ingat mana tempt tu . Sy dah lost cntact dgn kwn .. Itu yg x tawu mn nari kedai tu
BalasPadamAku rasa rojak parit la paling sedap awal 90an dulu ..masa time aku kecik2 dulu dari ipoh nk balek kg layang kanan msti ayah aku singgah kt pekan parit dulu pekena rojak..mmg tringat aku kesedapan nya smpai skrg
BalasPadam