Selasa, 29 September 2015

menu berpantang selepas bersalin

Cadangan... ecececeh...!!!!

Day 1
Nasi putih
Ikan bilis sangai + Lada itam yang ditumbuk ngan sedikit garam
sawi rebus

Day 2
Nasi putih
Berjah
sawi rebus

Day 3
Nasi Putih
Tenggiri bakar + garam + lada itam +halia muda potong2
peria rebus

Day 4
Nasi Putih
Tenggiri/siakap stim + halia +bawang putih
sawi rebus

Day 5
Nasi Putih
Singgang ikan tenggiri
berjah

air pulak, selang seli antara air suam, susu, radix panas, kopi o, dan teh herba
buah oren
biskut empatsegi
biskut lutut
roti bakar

minggu kedua dan minggu2 seterusnya berpantang, dah bole dah yang goreng-goreng pulak....

antara menunya nanti,
  • Ikan bilis goreng + halia muda tabur tabur serbuk lada itam.
  • ikan tenggiri goreng lada itam (perap ngn lada itam ngan garam dulu, baru goreng)
  • tumis sawi (tp tk letak cili... letak, halia ikan bilis, bawang, bawang putih n serbuk lada itam)
  • Sup sawi
  • Peria goreng halia
  • kari tenggiri...(pun tk letak cili. just tumis bawang, halia, rempah kari, letak sup bunjut, bagi panas badan. santan pun tk letak)
  • gulai lemak ikan tenggiri+ peria + lada itam.... pun tk letak cili. santan sikit jer.... 
  • Sup ayam lada itam
  • sup ikan halia
  • Nasi ulam
  • Nasi goreng lada itam
hihhihihi... tak sabor dah rasanya nak berpantang... arap2 istiqamah. checklist ni, bukan ape.. kadang2 mak org yang pening tak tau nak masak apa untuk org...
lagi satu, pantang ni ada lagi ikan lain yang bole makan, macam ikan selar, ikan gelama, haruan.... tapi org lak yang tk suka....
so , org rasa org nak rotate2 antara ikan tenggiri/merah/siakap ngn bilis jer la.. tu jer yang org suka.
pastu ujung2 nanti, baru org makan ayam & daging :-)

hashtaglagiduabulannakdeliver
semoga Allah permudahkan :-)
Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

31 Januari 2022

salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..