Isnin, 7 Mac 2016

APC

sekarang ni tengah kecoh tentang APC. ada kengkawan org di alam maya yang dapat APC tahun ni. senarai nama penerima APC ILP Ipoh pun dah keluar.....tahniah kepada semua yang dapat. yang tak dapat, insyaallah mungkin rezeki anda belum sampai lagi..... :-)
bersabar lah. tungguuuuu..... hihihi
bagi org, org tak pernah terfikir pun keja nak dapatkan APC. kalo lah dapat, patut ke org dapat? sebab org kerja biasa-biasa aje. kerja sebab menjalankan tanggungjawab sebagai PPLV. amanah yang diberikan, untuk mengajar. tahun ni dah tahun ke13 org menjadi penjawat awam. ape lah yang org arapkan lagi. melainkan, gi kerja, wat kerja, balik kerja, cukup bulan dapat gaji. Keseronokkan bekerja dah lama menghilang. sekarang ni, keseronokannya, bila dapat balik kerja tgok muka anak2. tiap kali cuti mingguan, dapat balik kg tgok muka mak dan abah.
Perlukah kita bekerja bersungguh2 tapi anak2 di rumah tak cukup kasih sayang. perlukah kita terlalu penat kat tempat kerja, bila balik, sampai tak larat nak masak untuk suami dan anak2.
sebab tu la, org tak pernah meletakkan arapan atau impian untuk menerima APC. sebab bila kita mahukan sesuatu, kita kena bekerja lebih dari biasa.
org taknak.
hahahaha... bole.?? tapi, kalo dah diarahkan, org buat lah, selagi bole tepis n elak, org memang takkan buat. family lagi penting dalam kamus idup org.
lagipun APC ni ,just nilaian manusia. ada ker manusia yang telus? tak bias? kih3. adakah penilaian manusia ni sempurna?
jahat mulut org ni... tapi betul la.... APC ni rezeki, sape dapat tu rezeki, kadang2 ada jer, org yang cemerlang... tapi tak dapat.... tu yang kesian.... kesian, sebab org yang cemerlang tu, dia memang dah mengimpikan APC.
ada jugak org yang cemerlang, dapat, tapi dia tak pernah mengharapkannya... dia buat kerja lebih, sebab dia suka dengan kerja2 tu.... dia minat. dia suka dapat banyak tanggungjawab.
ada jugak org yg tak buat kerja lebih, tapi kipas lebih.. dan dapat APC.... huhuhu.. tk leh bla org macam ni... tapi, org ni ker yang salah?
bagi pendapat org, tak!! itu strategi dia... bila dia nampak org yang menilainye suka dikipas...so, watpe nak susah2 kotorkan tangan...kan? kipas jer la..... terus dapat.
kan org dah cakap tadi, nilaian manusia ni tak telus... tak transparent.
sebab tu la, org tak pernah bercita-cita tinggi, belajar pun tak tinggi, kerja pun taknak lebih, sebab org tk nak pun APC tu, naik2 pangkat bagai.
org nak kerja biasa2 jer. kerja yang setaraf ngn pendidikan org yang tak setara mana ni, dan setaraf ngn gaji yang org terima...
org ni PPLV J17 jer..... takkan la nak kena buat kerja2 pegawai.... dah 13 tahun kerja dah pun.... macam ni jer la.... takkan la, nak keja menongkah langit.
yang penting, time kerja, buat kerja, time mengajar, ajar anak2 bangsa, elok2. InsyaAllah, hasil nya nanti berkat. keberkatan tu yang kita nak cari, bukan pangkat bukan sanjungan, bukan APC.
itu pandangan org la... setiap org punya pandangan yang berbeza. setiap org ada impian dan cita-cita.
sorry la yer, org takde cita2 yang tinggi.... org cuma nak jadi seorang PPLV yang biasa2 aja... yang bole membantu suami, yang boleh tengok anak2 tiap2 hari, yang ada masa nak dengar cerita anak2 ini, setiap pagi. tu jer.
arapan org, semoga anak2 soleh org, tak jadi macam org.... biar diorang membesar dan mempunyai cita2 yang besar, tak macam mak nya...huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

31 Januari 2022

salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..