Selasa, 21 November 2017

Jazzim 2 Years Old

Alhamdulillah,
semalam 20 november 2017, genap 2 tahun usia anak ke 3 org... Jazzim Jabry B. Jasnihisam.
syukur Allah, amanah yang terindah...
semoga Jazzim membesar dengan sihat, dikurniakan otak yang cerdas..  menjadi penyejuk mata mama papa abang2 dan keluarga.
 tema kek jazzim tahun ni, baby shark doo doo...
celebrate kat Mcdonald Seri Iskandar... Besday boy muka ada masyam... sebab baru bangun tido....
beliau lebih teruja ngn fries daripada kek shark doo doo beliau...hahahaahaaaa.....

Happy birthday buah hati mama... pengarang jantung ibu.. kesayangan papa.. favbret abang-abang...
jgan notty notty... dah bole stop ngempeng dah dek... dah dua tahun dah awak!
Jazzim's family, grey theme

Selasa, 4 Julai 2017

TB Besday Jayyid Jazly Enam tahun @ 18/6/2017

Happy birthday Jayyid Jazly yang ke 6 tahun....
dia yang request nak celebrate kat boat noodles..
nak makan mee 6 mangkuk
hahahahaahahaaaa.......
dah berapa tahun dah besday ayyid jatuh pada bulan puasa..
celebrate tetap celebrate..
tanda ingatan dan kenangan kita sekeluarga... :-)
kami semua sayang Abang Ayyid :-)



Raya 2017

Selamat hari raya semua.....
tema raya tahun ni, warna pink belacan...

baju raya team gegirl disponsor oleh adik perempuan org... @cikgurozaini :-)
seramai 4 gegirl dewasa dan 2 gegirl kekanak memakan baju pucci -pucci belacan sedondon-dondon.
tq adikku.....
 suami dan anak2 org, memilih untuk memakai kurta pada tahun ni...
anak2 memakai kurta dari koleksi yusuf iskandar @ jakel Ipoh.
suami pulak beli kurta kat aeon station 18 jek. warna seakan2 sama. tahun ni..mix n match je.. tk yah nak sama2 sangat. i is bosan.... huhuhuhu

lagipun ahli dah ramai, kalo sama sangt...dah macam boria pulok dah.
tudung org, org beli kat ariani Ipoh. rm50 sehelai,..
seluar anak2, kikilala @  ipoh parade.
seluar suami Padini @ padini station 18.
 Kasut anak2, kikilala
sandal suami Polo
kasut org, crocodile hunter. hahahaahaaa
tudung untuk mak dan mak mertua, org beli kat ariani
kasut mak dan mak mertua, beli kat aeon @ crocodile.
#adil dan saksama :-)

raya pertama, we all kat Bota ,Perak
raye ke2 we all kat Bera, Pahang

kegembiraan tahun ni, bila semua adik beradik abah semua datang berkumpul kat umh abah, di raya pertama. semua sepupu2 yg akrab dari kecil, yg lama tak jumpe, semua pun ada.
maka terimbau la memori 20 tahun yang dulu, zaman arwah opah masih ada.
so sad...
so nostalgia....

menu pagi raya ;
2 kilo nasi arab with ayam sambal, ayam kari dan jelatah @ acar timun with nenas.
Laksa utara
lemang with rendang daging
nasi impit with kuah kacang.

Seronoknya raya.....................

raya ke2 kami sekeluarga bergerak pulang ke Bera, malam tu kami makan kat umh jiran sebelah umh mak mertua.
lazat lauknya. ada gulai tempoyak ikan patin, kerabu mangga dan macam2 lagi.......

esoknya, ada open house umsh kaklong @kakak iparku yg pertama.
menu :
Bihun sup
Kfc
nasi impit with kuah kacang
kopok
kek secret recepi :-)

raYA ke 4, keluarga JJ berjalan ke bandar kontan.
misi mencari ketam telur asin deliciussssss... #misi berjaya.
tapi sebelum tu,  beraya ke umah sarah rohaiza
tq sarah...susah2 jer, soh faiz keluar beli nasi kandar....
kurusnya sarah, terispirasi sangt..nak jadi macam sarah... anak sama jer 3, kenapa sarah kurus, org tak ????

pas gi umah sarah, kitorang gi Balok.... umah kawan se opis, yg beraya di umah mak mertua nye kt sana..
anak2 org nampak laut kat tepi2 jalan 2 tu..terus nak g laut......
maka singgah la kami sekejap kat tepi pantai tu main pasir.... sekejap jer pun.. jgn tak singgah.... dapt la 4J main pasir... ambik gambar. snap snap snap...
kemudian kami meneruskan perjalanan ke tanjung lumpur.... ceh, beraya sangat super top n ana petai.... semua kedai pun tutup.. ramai yang patah balik, termasuk la kitorang....
so, kami terus ke tempat yg biasa kitorang makan.... Marina seafood Peramu...
cun...kedai bukak, org pun tak ramai...
encik suami terus pilih2 ketam n sotong. ikan pari takde..terus ambik siakap untuk anak2.
sebab anak2 org tk makan seafood.. hashtag rugi. hashtag untung mak bapak ko nakkkkkk..hahahahaahaaa

maka makan la kitorang 5 beranak dengan penuh rakus nya....
dah kenyang, marilah kita pulang.....
maka tersenyum riang la org malam tu..dapat makan ketam telur asin, sedawa sotong goreng tepung yg enakkkk :-)

esoknya, maka, bergerakk la kami pulang semula ke umh opah bota....
ampun maaf di pinta, aidiladha nanti, kita berjumpa lagi....

nanti kita sambung cerita raye seterusnya..........
selamat hari raya semuaaaaaaa :-)

Rabu, 31 Mei 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah,
Berkat istiqomah yg berterusan , memang nampak hasilnya. walaupun tk banyak, tapi org puas hati.
Tahniah abanglong tersayang, ada peningkatan dalam pelajaran.
sebab tu la mama suruh belajar. suruh fokus. kalo abanglong lipatgandakan lagi usaha yang abglong buat sekarang, tak mustahil, lagi banyak A abglong bole dapat.
takpe abglong, papa cakap, pelan-pelan kayuh,
sekarang, bulan ramadhan, abglong fokus ngan ibadat puasa dulu. solat jangan tinggal. betulkan bacaan. kemaskan cara solat, biar betul tertibnya.
Pas raya nanti, kita fokus dalam pelajaran semula ye. kena ada timetable yang betul. tak bole culas.
sifir kena hafal semua. latih tubi maths kena banyak. penulisan pun kena byak. buku bacaan pun kena byak.. fokus kena lebih.
harap kita sama2 istiqomah yer abglong. demi masa depan abglong. :-)

Rabu, 3 Mei 2017

tanamkan minat membaca

Masa org sekolah rendah dulu, org suka sangat membaca, org ingat lagi, masa darjah dua, mak belikan org buku cerita, sebab dapat nombor satu. beli kat kedai RS Adam pekan Parit. pastu darjah 5 org jadi pustakawan, selalu lah kena susun buku kat dalam library, suka ambik kesempatan membaca buku kat library. darjah enam dapt jadi ketua pustakawan, cikgu cakap, bole pinjam buku banyak dari org lain.... org suka sangt pinjam buku siri penyiasatan. rasanya masa tu ada 3 jenis buku penyiasatan, paling suka karya enid blyton, tak tau la betul ke tidok ejaannya. tapi, tajuk citer nya semua bermula dengan misteri. bukunya agak tebal, ketua penyiasat tu, namanya gemuk. kuat makan. hahaha....
rindunya nak baca buku2 ni....
kenapa lah anak org tk minat membaca macam org...? mungkin sebab dia lelaki. lelaki tak suka membaca.
tapi baru-baru ni bila tengok BM dia, buat ayat pun tak takde ideal. ni semua gara -gara malas membaca.
so tak kira lah ko minat ke tak..ko kena banyak membaca jugak wahai anak. untuk menambah kosa kata. untuk memperbanyakkan ideal membuat ayat bahasa.
so, kita kena cari ape yang dia minat. dia cakap kawan kawan suka baca komik. so baru2 ni ada MPH sales kat Mydin, org ajak dia, jom pilih komik.
tapi dia blur, tak tau, ape nak beli. ape yg dia minat..so, org pilihkan komik imuda ngn komik sains.
try dulu... paksa soh baca.
dia baca, sampai abis..seronok pulak, katanya. ok. its good! permulaan yang baik/.
minggu depannya, pegi popular pulak, kat aeon station 18. pusing2 cari buku lagi. memang malas dah nak beli buku latihan, dah byk..buatnya tidak.
kita cari bahan bacaan. tetiba dia nampak buku cars. ingatkan buku english. rupanya bm. terus suruh dia beli. alhamdulillah dia suka..... abis di bacanya.. nanti nak buku plane pulak... waw... good. boleh wahai anak... janji suka membaca.
akhirnya sang mama berjaya menanam kan sifat minat membaca kepada seorang anak lelaki. hihihhi..arap2 ape yang di tanam, mendatangkan hasil yang elok. semoga abanglong lebih banyk ideal untuk membuat ayat, membuat karangan.. bole skor dalam bm.
mama sentiasa nak yang terbaik untuk anak2 mama. :-)
jom membaca!!!


Jumaat, 14 April 2017

anak-anak

Apabila kita sibuk dengan kehidupan seharian, kita jadi lupa tanggungjawab kita untuk menjaga amanah Allah. Sikap sambil lewa kita  menyebabkan anak2 kita terabai tanpa sedar.
kita mebiarkan mereka dengan jalan mereka, tapi meletakkan harapan yang tinggi. kemudian frust bila tgok mereka tidak mencapai ape yang kita harapkan.
adakah itu salah mereka? ofkos bukan.
Pasti nya semua itu akan berpatah balik kepada kita , sebagai penjaganya.
Baru- baru ni, masa cuti sekolah seminggu, bulan 3, anak2 org hantar ke kampung. duduk ngn opah dan atuk. org kena outstation ke Jitra 3 hari. sempat la kekemas umah sebelum berpergian.
tergerak hati nak punggah beg abanglong. beg sekolah.
berderau darah bila tengok, banyaknya homework tak siap. yang siap pulak, hampir tak boleh di baca. tulisan macam cakar ayam. oh anak..... terduduk mama.
ari2 mama tanya, ada kerja sekolah tak? ada kerja sekolah tak? jawapan nya asyik la takde.. ada satu jer..ada sikit jer.. mama pun terus terusan percaya.
betul la...mama pernah baca kat fesbook dulu...memang ari2 kena selongkar beg anak2... itu mama tak pernah buat..mama just tanya jer ari2... rupanya...itulah kesilapan mama, kealpaan mama. salah betul mama, percaya sangat kat abglong.
ok. mama tau, bukan niat abanglong untuk menipu, tapi mungkin sebab malas. mungkin sebab, betul ke, mama ni betul2 peduli, abglong byk homework? so, baik abglong cakap takde jer..kan?
 ok, baiklah anak nombor satu mama, mulai selepas cuti sekolah yg lalu, mama dah bertukar. mama wasap papa. mama ckp, pas cuti, abglong kena berubah. mama kena berubah, papa kena tolong mama, jaga adik2. mama nak lebih fokus jaga abglong. duduk sekali ngn abglong, buat homework sama2.
Dah 2 minggu lebih, misi hampir berjaya. hari2 mama masak cepat2. suruh abglong solat n makan cepat2, kemudian bersama2 abglong naik atas, punggah beg, cek satu2 ape kerja sekolah yang ada ari ni. kalo takde, sama2 buat revision. kalo takde, tengok balik buku latihan lepas2 yg macam cakar ayam tu, betulkan semula. ari2 mesti kena duduk berdua ngn abglong kurang2 sejam, lebih2 2 jam.
kul 10.00-10.30 kena tidor dah.
nampak la sikit peningkatan. apa yg mama nampak abglong ni tak fokus. lagi satu abglong ada resdung, selalu gosok2 mata..selalu selsema..tu jugak punca tak fokus.
so, semalam mama dah beli homopaty IQ untuk banglong. arap nanti ada perubahan.
Pasni sebelum revision, kena urut2 dulu kepala abglong ngan ivmist..supaya tak sakit kepala sangat, supaya resdung tu tak menggangu semasa study.
minggu pertama pas cuti sekolah, kitorang study sama2 kat atas... ada meja study..tapi tepi dinding, susah mama nak pantau.. so kitorang dok kat lantai. susah pulak...tak selesa... ari ketiga, org gi happy home, beli meja jepun rm44 hengget..baru la ok dan selesa.
Pastu tulisan cakar ayam tu, org rasa, dia terlalu tekan pensel.cara pegang salah, pastu laju kemain..nak cepat siap, sampai tak boleh baca.. last2 org belikan pensel mekanikal.. alhamdulilah ada sikit perubahan. tp kena selalu ingatkan..kalo tak mula  lah dia buat tulisan doktor...adoiiii
Banyak lagi, mama kena ubah, mama ni yang kena berubah, kena sediakan diri untuk duduk sekali ngn banglong, nak guide abglong. nak bagi abanglong fokus dan rajin. arap2, pengorbanan mama ni berbaloi.
checklist mama untuk banglong :-
  • Beli meja jepun
  • Beli pensel mekanikal
  • Beli buku-buku rujukan /latihan
  • Beli whiteboard
  • Beli suplimen/ubat resdung
  • Hafal sifir hari-hari
  • Buat latih tubi maths
  • perbaiki tulisan
  • abglong kena rajin membaca (arab, jawi, P.islam)
  • kena solat n makan malam on time 
arap2 abglong ada peningkatan dalam pelajaran. semoga abglong berjaya di dunia dan di akhirat. begitu jugak dengan anak2 mama yg lain. JAyyid dan Jazzim.semoga mama istiqomah mendidik anak2. amanah Allah. :-)

Rabu, 29 Mac 2017

idol @org yang saya kagumi

Semalam sempat menziarahi sahabat baik yang kehilangan ibu nya. sahabat ini saya kenali semenjak kami sama2 melangkah masuk ke sekolah  asrama. kami sebaya.kami satu bilik. tapi kami datang dari latar belakang family yg berbeza. dia org bandar yang agak mewah kehidupannya. saya pulak hanya anak kampung yg daif yang biasa2 saja. yg tidak pernah bermewah2, saya tidak mudah untuk dapat sesuatu dengan sekelip mata, macam tu saje... hanya mampu berangan...dapat nya belum tentu.
tapi sahabat saya ni sangat baik. dia layan saya dengan baik. dari dulu sampai sekrang dia tetap sama, tidak berubah. saya sayang dia lebih dari seorang sahabat.
dua tahun duduk satu bilik dengannya, saya suka memerhati cara hidupnya.
dia sangat disiplin, sistematik. akan buat rutin yang sama setiap ari tanpa ada perasaan malas dan jemu. sentiasa on time. sentiasa kemas. sentiasa yakin dengan gerak geri. tak pernah memperduli apa org nak kata. nampak tegas. tapi hati sedikit tisu.
suka betul saya tengok dia. sampailah dia dah kawin dah ada anak dah bekerjaya.begitulah dia, yg saya kenali. sentiasa kemas. sentiasa membuat rutin yang sama. sentiasa on time. disiplin.yakin.

bilalah saya nak jadi macam dia. saya dan dia ibarat langit dan bumi. saya suka melenggahkan kerja. malas. tk suka buat rutin yang sama. tak disiplin. jarang on time.
sahabat saya ni, dia tau ape yang dia nak. dia fokus. keyakinan dirinya sangat tinggi. ape yang dia cakap, dia memang maksudkannya. pendirian diri dia sangat tinggi. jika A katanya, A la...
dia biasanya menjadi ikutan, bukan dia mengikut org...
macam yang saya katakan tadi, dia tau ape yg dia nak.dia ada taste dia sendiri.
saya tau, ramai jugak yg tak suka dengan caranya. mungkin kadang2 nampak kekwat. tp, pernah ke dia kacau org?
biar lah dia, memang itulah dunia dia, yang kita kena fahami.. kebiasaan dia yang begitu, membuatkan kadang2 dia tidak sedar itu sebenarnya. bukan nak memuji dia sangat. bukan nak apa pun.. itu lah dia, dari pandangan mata saya. saya sangt suka memerhati dan mengkaji perangai seseorang.
kita pun tak sempurna. tak perlu lah kita nak mencari cari cacat cela org lain pula.itu pandangan saya lah...hahahahaha...

selain daripada dia, seorang lagi insan yang saya kagumi ialah seorang artis popular. bila saya amati, rupanya sahabat saya dan erra fazira (artis yg saya minat tu la) agak banyak persamaannya.
erra pun sangat tahu ape yg dia nak. tegas. komited. on time. menjadi ikutan.

mesti ramai akan cakap. ape lah minah ni, tkde org lain ke nak kagum..erra fazira idolanye? hahaahhaa
saya ni org biasa2 jer, sape la saya nak jadikan Tun M sebagai idola.. memang tak la....
saya suka idola2 saya sebab keyakinan diri mereka, saya arap saya juga mempunyai keyakinan diri untuk menjadi seorang mama yang hebat. saya kena fokus. kena tahu ape yang saya mahukan untuk anak2 saya, untuk keluarga saya. jangan jadikan kegagalan, kesusahan sebagai halangan untuk menjadi yang lebih baik.
ape yg terjadi pada kita, ape yg kita dapat, ape jugak permasalahan yang kita kena hadap, tu semua telah di tentukan oleh ALLAH. Allah menguji kita, sebab Allah tahu kemampuan kita, maka, kita kena terus melangkah gagah... untuk berjaya. berjaya dengan ape yang kita mahukan. jangan putus asa. jangan berhenti berharap dan berdoa.
InsyaAllah.

Doa saya, sempena 1 rejab ari ni, semoga Allah mempermudahkan urusan suami saya untuk berpindah ke Perak. kasihani lah dia, kasihani lah anak2 kami yang perlukan kasih sayang dan  perhatian yang lebih dari papanya.



Rabu, 25 Januari 2017

tudung 2016

Malam tadi terajin sikit, kemas2 tudung. susun ikut brand. hahahaha..poyo sangat. bukan ape. senang nak tengok, mana yg ilang..n senang nak mix n match.
org kalo gi keje, org pakai shawl poplook jer...cutting buterfly. senang nak pakai..zas zas zas.siap. poplook ada jual dalam 16 color rasanya, jenis butterfly, hampir semua color org beli. suka sangat...
tapi, masa dalam pantang jazzim kot, tak pun sebulan 2 sebelum bersalin kan jazzim, ujung2 2015, org terjebak ngn tudung bawal aidijuma. ni semua gara2 baca wasap group zeknam. memula baca jer, sumpah tk paham, black label la, pink la, blue la....

sebabkan butik AJ dekat giler ngn rumah, try la masuk,, cuci mata... pastu bukak IG cuci mata kat IG baru la org paham... rupanya tudung AJ ni, dia kuar seminggu sekali (waktu tu la) pastu bagi peminat AJ, diorang akan berebut la nak beli design yang terbaru...sebab limited... beli pun tk leh banyak2..
masa cuci2 mata tu... org tengok, tudung AJ ni, design nya chomel2... kiut miut...harga pulak black label jer la pun yg mahal rm39 sehelai...yg lain2 , murah, 15 ringit pun bole dapat...

bermula ngn satu, lama2 jadi ketagih pulak. tiap minggu mesti nak masuk AJ.kadang, dah beli, tunjuk kat wasap group, ada kengkawan berkenan, gi lagi sekali...beli untuk kengkawan pulak.
biras pun ada sorang peminat AJ. selalu jgk dia kirim beli. sampai kan, Kakak ipar kawin, kitorang semua sepakat pakai tudung AJ yg sama.

Dalam banyak2 label tudung AJ, org suka beli Blossom. sebab, harga dia cuma 25 tapi, material dia lagi lembut dari black label yg harga 39.
 Pas abis cuti bersalin Jazzim, awal tahun 2016, ari2 pakai tudung AJ @blossom.. ramai student puji cakap nampak muda...kah3.. terperasan di situ....

Pastu lama2 sikit, org perasan dah kurang pulak design2 AJ yg meletup letup... so, ok jgk la..kurang la aktiviti org mencuci mata ke butik AJ.

cinta mula beralih arah ke bawal Kekaboo pulak... semalam, masa kemas2 tudung tu, nampak la....ada 8 helai kekaboo yg ada dlam simpanan.... kekaboo ni, lembut, design cantik... tp susah sikit nak dapat, sebab kena beli kat reseller. butik dia ada satu jer kat KL.
elok pun susah, sebab tu, sempat terjebak 8 helai jer. harga ok la...25 hengget jer..tp bidang kecik sikit dari blossom AJ.

penghujung ujung 2016, terjebak pulak ngn shawl Fareeda... malam tadi, masa nak asing2kan tudung, kira punya kira, dalam pada banyak tutup mata tu... ada 4,5 helai jgk koleksi shawl Fareeda...huhuhu..ni semua, member sekampung org punya pasal si Nurin Puteri umno.... kih3..terjebak. tp slow la....sebab susah sikit nak jaga fareeda ni, ada tagging, ada manik..nak basuh, tkleh main campak jer dalam washing machine..

ni dah awal tahun 2017, sekarang masih setia menyarungkan shawl Poplook gi kerja.. tudung AJ di pandang sepi..huhuhu
tudung kekaboo akan di cari, bila nak outing. sebab, takyah gosok, elok jer terletak kat kepala.
tudung fareeda, bila sesekali rasa nak melawa. gi kenduri ke.. tp jarang beno pakai nye..Jazzim suka tarik2....hahahahaha

Agak2 nya, tahun 2017 ni, tudung apekah yg akan menjadi kegilaan Jem Jamaaiyah?

Minggu lepas baru try beli shawl 2 muka rara by erra fazira... ok la... cantik n senang di pakai.... tp nampak macam beria sikit..elok pakai time ada event ape2, ataupun time raye nanti...
kih3....

azam tahun 2017 taknak membazir, taknak beli tudung selalu..adakah misi jem jamaaiyah akan berjaya???
hahahahaahahahaaaa
mungkin tidakkkkk.

31 Januari 2022

salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..