Rabu, 29 Mac 2017

idol @org yang saya kagumi

Semalam sempat menziarahi sahabat baik yang kehilangan ibu nya. sahabat ini saya kenali semenjak kami sama2 melangkah masuk ke sekolah  asrama. kami sebaya.kami satu bilik. tapi kami datang dari latar belakang family yg berbeza. dia org bandar yang agak mewah kehidupannya. saya pulak hanya anak kampung yg daif yang biasa2 saja. yg tidak pernah bermewah2, saya tidak mudah untuk dapat sesuatu dengan sekelip mata, macam tu saje... hanya mampu berangan...dapat nya belum tentu.
tapi sahabat saya ni sangat baik. dia layan saya dengan baik. dari dulu sampai sekrang dia tetap sama, tidak berubah. saya sayang dia lebih dari seorang sahabat.
dua tahun duduk satu bilik dengannya, saya suka memerhati cara hidupnya.
dia sangat disiplin, sistematik. akan buat rutin yang sama setiap ari tanpa ada perasaan malas dan jemu. sentiasa on time. sentiasa kemas. sentiasa yakin dengan gerak geri. tak pernah memperduli apa org nak kata. nampak tegas. tapi hati sedikit tisu.
suka betul saya tengok dia. sampailah dia dah kawin dah ada anak dah bekerjaya.begitulah dia, yg saya kenali. sentiasa kemas. sentiasa membuat rutin yang sama. sentiasa on time. disiplin.yakin.

bilalah saya nak jadi macam dia. saya dan dia ibarat langit dan bumi. saya suka melenggahkan kerja. malas. tk suka buat rutin yang sama. tak disiplin. jarang on time.
sahabat saya ni, dia tau ape yang dia nak. dia fokus. keyakinan dirinya sangat tinggi. ape yang dia cakap, dia memang maksudkannya. pendirian diri dia sangat tinggi. jika A katanya, A la...
dia biasanya menjadi ikutan, bukan dia mengikut org...
macam yang saya katakan tadi, dia tau ape yg dia nak.dia ada taste dia sendiri.
saya tau, ramai jugak yg tak suka dengan caranya. mungkin kadang2 nampak kekwat. tp, pernah ke dia kacau org?
biar lah dia, memang itulah dunia dia, yang kita kena fahami.. kebiasaan dia yang begitu, membuatkan kadang2 dia tidak sedar itu sebenarnya. bukan nak memuji dia sangat. bukan nak apa pun.. itu lah dia, dari pandangan mata saya. saya sangt suka memerhati dan mengkaji perangai seseorang.
kita pun tak sempurna. tak perlu lah kita nak mencari cari cacat cela org lain pula.itu pandangan saya lah...hahahahaha...

selain daripada dia, seorang lagi insan yang saya kagumi ialah seorang artis popular. bila saya amati, rupanya sahabat saya dan erra fazira (artis yg saya minat tu la) agak banyak persamaannya.
erra pun sangat tahu ape yg dia nak. tegas. komited. on time. menjadi ikutan.

mesti ramai akan cakap. ape lah minah ni, tkde org lain ke nak kagum..erra fazira idolanye? hahaahhaa
saya ni org biasa2 jer, sape la saya nak jadikan Tun M sebagai idola.. memang tak la....
saya suka idola2 saya sebab keyakinan diri mereka, saya arap saya juga mempunyai keyakinan diri untuk menjadi seorang mama yang hebat. saya kena fokus. kena tahu ape yang saya mahukan untuk anak2 saya, untuk keluarga saya. jangan jadikan kegagalan, kesusahan sebagai halangan untuk menjadi yang lebih baik.
ape yg terjadi pada kita, ape yg kita dapat, ape jugak permasalahan yang kita kena hadap, tu semua telah di tentukan oleh ALLAH. Allah menguji kita, sebab Allah tahu kemampuan kita, maka, kita kena terus melangkah gagah... untuk berjaya. berjaya dengan ape yang kita mahukan. jangan putus asa. jangan berhenti berharap dan berdoa.
InsyaAllah.

Doa saya, sempena 1 rejab ari ni, semoga Allah mempermudahkan urusan suami saya untuk berpindah ke Perak. kasihani lah dia, kasihani lah anak2 kami yang perlukan kasih sayang dan  perhatian yang lebih dari papanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

31 Januari 2022

salam, Ni gambar di hari terakhir tahun 2022.... otw balik dari Kuala Kangsar, menghadiri kenduri kawin umah opismate @wankuala..